FutureEdge
Ubah Kehidupan Dengan Program Berasaskan Kemahiran
Cungkil Potensi & Kekuatan Diri Yang Sebenar
Raih Pendapatan Lebih Tinggi Berdasarkan Kemahiran

Jika anda percaya bahawa kejayaan dalam kerjaya hanya boleh dicapai dengan pendidikan universiti, fikir sekali lagi. Kelulusan universiti bukanlah satu-satunya jalan untuk mencapai impian. Ini dibuktikan daripada kejayaan Program Berasaskan Kemahiran yang telah ditawarkan kepada ramai pelajar. Program ini dapat mencungkil potensi sebenar, sekaligus membuka peluang tanpa batasan.

Statistik terkini mendedahkan, 98.7% daripada graduan Program Berasaskan Kemahiran di Malaysia berjaya mendapatkan pekerjaan tidak lama selepas menjalani latihan pada tahun 2019. Jangan biarkan anggapan yang salah menghalang anda daripada memanfaatkan sepenuhnya potensi Program Berasaskan Kemahiran ini. Tiada impian yang mustahil untuk dicapai!

Cungkil Potensi & Kekuatan Diri Yang Sebenar

Muak mendengar kata-kata orang bahawa hanya lulusan universiti sahaja yang boleh memiliki masa depan yang cerah? Buktikan mereka salah dengan mengikuti Program Berasaskan Kemahiran yang kami tawarkan.

Dengan tumpuan terhadap pembelajaran secara praktikal, pengalaman yang berjaya dikumpulkan sepanjang program pengajian dapat memudahkan anda untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara langsung dalam situasi sebenar. Tiada lagi dunia akademik yang memberi tekanan, sebaliknya, tumpukan perhatian kepada kekuatan diri dan minat yang sebenar!

Jangan buang masa lagi, sertai 98.7% graduan Program Berasaskan Kemahiran yang telah pun berjaya mendapatkan pekerjaan seawal selepas latihan!

Sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan laluan kerjaya yang lebih sesuai dengan kekuatan sebenar diri. Semua ini boleh dicapai dengan mengikuti Program Berasaskan Kemahiran. Melalui program yang telah direka khas ini, anda dapat memperoleh pengalaman praktikal yang relevan dalam industri.

Manfaatnya tidak terhenti di situ, kajian daripada School to Work Transition (SWTS) mendedahkan, gaji minimum untuk pekerja mahir adalah antara RM3,500 ke RM5,000 yang mana puratanya adalah antara RM1,500 ke RM3,000 lebih tinggi berbanding gaji permulaan kebanyakan graduan universiti dan kolej.

Terbukti, masa depan yang cerah boleh dicapai tanpa kelulusan universiti. Jangan buang masa lagi, gunakan peluang ini untuk mengubah kehidupan!