Inovasi teknologi dalam pembelajaran TVET

Pendidikan TVET semakin mendapat perhatian dalam era ekonomi global dan berkembang pesat. TVET merujuk kepada pembelajaran yang bertumpu kepada pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional.

TVET memainkan peranan penting dalam mempersiapkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan dapat menyesuaikan diri dengan permintaan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar di era revolusi industri 4.0 (IR 4.0) ini. TVET dapat membantu memperbaiki kualiti dan kecekapan sektor industri dan meningkatkan daya saing negara dalam ekonomi global.

Revolusi perindustrian 4.0 membawa perubahan yang drastik dalam dunia teknologi, termasuk perkembangan dalam kecerdasan buatan (AI), robotik, internet kebendaan (IoT), data raya, dan automasi. Perubahan ini telah memberi kesan kepada pelbagai sektor ekonomi dan mewujudan peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknikal dan kecekapan digital yang tinggi.

Di Kolej Future Edge, penggunakan teknologi untuk memberikan pengalaman praktikal yang mendalam melalui simulasi dan realiti maya. Modul pembelajaran TVET kini boleh disesuaikan mengikut keperluan pelajar. Reka bentuk instruksi digital membolehkan individu belajar dengan cara yang paling sesuai untuk mereka.

Inovasi teknologi dalam pembelajaran TVET membuka ruang dan peluang yang besar untuk meningkatkan aksesibiliti pelajar dalam pembelajaran serta meningkatkan tahap kemahiran pelajar. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran boleh diperkasakan melalui pelbagai cara dan perancangan strategik, antara nya seperti menyediakan latihan dan bantuan kepada pensyarah dan pelatih, melaksanakan kajian yang mendalam dan menyeluruh ke atas kesan pembelajaran melalui pengaplikasian teknologi terkini, dan memberi perhatian khusus kepada kesaksamaan akses teknologi dalam pembelajaran dalam pelbagai faktor yang mempengaruhinya.

 

Information System Administration
FutureEdge Logo
Kolej FutureEdge adalah sebuah Pusat Bertauliah JPK.
FutureEdge Logo

Kolej FutureEdge
Kota Damansara

(144465-D)
No. B2-01, Jalan Teknologi 2/1D,
Kota Damansara, PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

+603 6145 5888
 +6011 53608838

Kolej FutureEdge
Kuala Lumpur

(L02880)
33-35, Jalan Hang Lekiu,
50100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur,
Malaysia

+603 2070 2078
 +6012 988 7482