Bagi memastikan negara ini tidak ketinggalan dalam mengadaptasi Revolusi Industri (IR 4.0), Technical and Vocational Education and Training (TVET)) telah dilaksanakan bagi mengarus di dalam sistem pendidikan negara. Komitmen kerajaan terhadap revolusi TVET dicerminkan dalam belanjawan setiap tahun dengan yang terkini, RM6.7 bilion telah diperuntukkan bagi melaksana inisiatif TVET melalui Belanjawan 2023. Bagi mendepani cabaran baharu pasca pandemik, pemerkasaan golongan belia sebagai pemangkin pertumbuhan semula negara perlu diteruskan dengan memberi sepenuh perhatian kepada pendidikan dan latihan yang memfokuskan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor serta pendedahan terhadap latihan di industri.
Di Future Edge, penyediaan program TVET yang mempunyai jaringan kolaborasi dengan pihak industri dalam aspek pembelajaran dan pengajaran (untuk tenaga pengajar) dan juga penempatan pelajar bagi menjalani latihan praktikal sebelum menamatkan pengajian merupakan aspek penting untuk sentiasa peka dengan keperluan semasa industri.
Selain itu FutureEdge mewujudkan satu pangkalan data tentang bidang kerjaya, maklumat pencari kerja dan juga majikan yang mungkin memudahkan pihak industri untuk merekrut pekerja berpotensi. Selain itu, FutureEdge juga memperuntukan kewangan yang lebih besar untuk pembelian peralatan berteknologi tinggi bagi tujuan proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih efektif juga dapat meningkatkan kompetensi pengajar dan pelajar.
Dari segi prospek program pendidikan awal di FutureEdge, TVET ini sememangnya boleh menjadi tiket untuk pelajar menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang akademik (diploma atau ijazah) (dengan syarat-syarat tertentu) namun masyarakat perlu faham pada asasnya program TVET ini adalah berkonsepkan latihan untuk bekerja (training for work) di alam pekerjaan di mana pekerja berkemahiran rendah boleh berkembang menjadi pekerja kemahiran tinggi. Konsep asal TVET iaitu melahirkan individu yang berkemahiran tinggi dan seterusnya membina kepakaran professional pada usia muda diperkukuhkan.
Pasaran graduan TVET yang meningkat kepada 92.5 peratus tahun ini membuktikan institusi itu bukan peluang pendidikan kedua. Malaysia juga menyediakan peruntukan berdasarkan prestasi institusi bagi menggalakkan persaingan di kalangan institusi dalam menghasilkan kajian dan menyediakan sumber manusia berkemahiran.
Justeru, FutureEdge pengemaskinian hala tujunya beriltizam untuk melahirkan sumber tenaga kompeten bertaraf global, bakat profesional dan bakal teknousahawan.