TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Objektif TVET diperkenalkan adalah untuk mempersiapkan modal insan negara agar mempunyai ilmu serta kemahiran yang diperlukan di pasaran tenaga kerjaya untuk memastikan ianya selari dengan misi Malaysia dalam menjadi negara maju. Sehubungan dengan itu, dalam mengejar misi tersebut, tonggak yang menyokong kepada perubahan sektor ekonomi yang berasaskan pengetahuan adalah amat diperlukandan salah satunya ialah pendidikan vokasional dan teknikal. Skop TVET perlu berdasarkan Standard Pekerjaan atau lazimnya Standard Kemahiran Pekerjaan Kemahiran (NOSS) yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.
TVET merupakan pendekatan pembelajaran yang mempersiapkan diri seseorang pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang sangat berkaitan dengan pekerjaan yang bakal diceburi. Di Malaysia, pelaksanaan TVET sangat luas dan boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, TVET Pra Pekerjaan iaitu menyediakan pelajar dengan kelayakan dan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan. Kedua, TVET dalam Pekerjaan yang bermaksud untuk menyediakan pendidikan dan latihan melalui program latihan semula (re-skilling) dan program peningkatan kemahiran (up-skilling) dan ketiga, Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan menyediakan latihan kemahiran untuk kumpulan sasar dengan membangunkan bakat dan menjana pendapatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, graduan anak muda tempatan mempunyai kepakaran yang menarik minat pelabur syarikat berteknologi tinggi untuk datang ke Malaysia. “Kerjasama dengan industri juga membolehkan institusi TVET menawarkan program lebih berkualiti dan relevan dengan keperluan pasaran kerana mereka adalah pihak paling mengetahui permintaan industri.”
Dalam pertemuan dengan beberapa pelabur termasuk rundingan maya bersama jutawan Elon Musk yang juga peneraju kenderaan elektrik Tesla, Anwar berkata antara maklum balas diterima ialah graduan Malaysia mempunyai kepakaran termasuk mahir dalam pelbagai bidang.
Bagaimanapun, graduan TVET juga perlu memperhatikan perkembangan teknologi dan trend industri semasa. Mereka perlu memperoleh kemahiran tambahan dan pengalaman yang relevan untuk memastikan mereka kekal relevan dalam industri. Dalam dunia yang semakin berubah dengan pantas ini, penting bagi graduan TVET untuk terus memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Selain itu, mereka boleh melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan dan kemahiran teknikal yang relevan dengan industri. Dengan cara ini, graduan TVET akan dapat meningkatkan peluang mereka untuk memasuki pasaran kerja dan memperoleh gaji progresif.
Kolej Feature Edge menawarkan program TVET dalam bidang perkhidmatan pembaikan dan diagnostik kenderaan. Program ini mendedahkan para pelajar dalam bidang automatif dan pembaikan kereta sejajar dengan teknologi terkini.