Usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam mempersiapkan generasi muda untuk memasuki alam pekerjaan adalah langkah penting dalam menjana kemajuan negara. Pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah salah satu pendekatan yang penting untuk menghasilkan tenaga kerja yang terampil dan kompetitif.
TVET turut diiktiraf di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 sebagai salah satu pembolehdaya yang dapat menyumbang ke arah pembentukan negara membangun yang makmur dan inklusif. Sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan menjelang tahun 2030 adalah langkah berani dan strategik dalam merangsang perkembangan ekonomi dan memperbaiki ekologi pekerjaan di Malaysia. Tujuan ini menggariskan pendekatan proaktif dalam menangani cabaran ketidaksepadanan kemahiran dan menjadikan TVET sebagai pijakan penting dalam mencapai sasaran
Kemampanan sosial dan ekonomi bergantung pada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dapat membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Ini bukan sahaja melibatkan peningkatan dalam taraf hidup individu-individu, tetapi juga membuka pintu kepada pelbagai peluang dan keadilan yang lebih besar dalam masyarakat.
Bidang kemahiran mengubah para pelajar ke arah melahirkan kumpulan tenaga kerja mahir setanding dengan pencapaian negara-negara maju. Malaysia kini bersedia untuk menjadi sebuah negara berpengetahuan dengan pekerja mahir dan berpendidikan.
Oleh itu, latihan telah menjadi komponen penting dalam strategi untuk menjadi negara maju dan juga untuk berjaya bersaing di arena global. Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia akan terus menyelaras, merumus dan mempromosi strategi dan program latihan industri dan vokasional selaras dengan keperluan pembangunan teknologi dan ekonomi Malaysia.
Di Future Edge, bidang kemahiran membolehkan bakat, kreativiti dan daya inovatif dapat dilihat dalam kalangan pelajar. Ia juga memberikan tumpuan untuk meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif serta kebolehan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan sistem Pendidikan di Future Edge memberi tumpuan terhadap pembangunan latihan kemahiran kepada generasi muda setaraf dengan tumpuan terhadap akademik.
*Gambar Ihsan daripada Selangor Kini