Proses pendidikan dan latihan TVET menghasilkan tenaga kerja yang kompeten

Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan industri.

Kebolehpasaran graduan adalah indikator bagi kejayaan sesebuah insitusi dalam usaha untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berkualiti. Selain memperkasakan ekosistem TVET, jaringan industri dan universiti mampu menjayakan hasrat negara mencapai status negara maju 2030.

Kolej FutureEdge bertindak sebagai penyedia tenaga kerja separa mahir berkualiti kepada negara memegang tanggungjawab yang besar untuk melahirkan pekerja yang bukan sahaja berkemahiran, malah berpengetahuan tinggi dan mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bidang kerjaya pada masa kini.

Bagi mencapai hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50), pengetahuan dilihat sebagai asset dan rujukan penting bagi memandu ke arah perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. Pengurusan pengetahuan dan maklumat adalah elemen yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan bagi memandu pengetahuan dan maklumat digunakan secara optimum. Komponen pengurusan pengetahuan iaitu proses, manusia dan teknologi adalah pelengkap bagi menjayakan matlamat pengurusan pengetahuan berkesan dalam pelaksanaan TN50.

Tenaga kerja yang fleksibel, berkemahiran teknikal dan memiliki kemahiran kebolehkerjaan yang tinggi seperti mempunyai pemikiran kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah serta kemahiran analitikal akan mempelopori pentas global dunia pekerjaan.

Berdasarkan TN50 menjelang tahun 2050 negara memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 37% kepada 55%. Justeru sebagai langkah untuk merealisasi sasaran negara,TVET perlu diarusperdanakan dan dipertingkatkan keupayaannya termasuk meningkatkan imej TVET pada pandangan masyarakat.