TVET menjana kenaikan gaji graduan ke tahap progresif

Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) telah menjadi pilihan pendidikan yang semakin popular dan relevan dalam dunia yang terus berubah ini. TVET menitikberatkan pada pembelajaran kemahiran praktikal dan teknikal yang penting dalam dunia industri. Satu daripada kelebihan utama memilih TVET sebagai laluan pendidikan adalah keupayaan lulusannya untuk memperoleh gaji yang progresif dan lebih tinggi dalam industri. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 73 peratus majikan menghadapi kesulitan dalam mencari pekerja yang mempunyai kemahiran yang sesuai.

Gaji progresif adalah satu konsep yang dipraktikkan dalam banyak industri untuk memberikan ganjaran yang lebih tinggi kepada pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang diperlukan oleh syarikat. Ini bermakna, pekerja akan menerima gaji yang lebih tinggi seiring dengan kemahiran dan pengalaman mereka di dalam industri. ekiranya graduan mempunyai kemahiran dan pengalaman, mereka akan menerima gaji yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja lain yang mempunyai kelayakan yang sama tetapi tidak mempunyai kemahiran praktikal.

Kemahiran teknikal yang diperolehi oleh graduan TVET sangat diperlukan oleh majikan, kerana mereka dapat memberikan nilai tambah kepada syarikat dan menyumbang kepada pembangunan syarikat. Selain itu, terdapat permintaan yang tinggi untuk tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal membolehkan graduan TVET mempunyai peluang untuk memperoleh gaji progresif dalam kerjaya mereka. Kelebihan utama TVET adalah bahawa ia memberikan pelajar dengan latihan dan pengalaman praktikal yang diperlukan untuk mempersiapkan mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan. Latihan praktikal ini membolehkan pelajar memahami kemahiran yang diperlukan oleh majikan.

Satu lagi kelebihan yang signifikan dalam pendidikan TVET adalah peluang untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam industri. Program TVET sering melibatkan tempoh latihan industri di mana pelajar bekerja di tempat sebenar yang berkaitan dengan bidang mereka. Ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari di dalam kelas dalam konteks sebenar. Pengalaman praktikal ini juga membolehkan mereka membina rangkaian profesional, mendapatkan pemahaman mendalam tentang industri, dan memasukkan diri mereka ke dalam pasaran pekerjaan dengan lebih percaya diri.

Dalam dunia yang semakin berubah dengan pantas ini, penting bagi graduan TVET untuk terus memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Mereka perlu memperhatikan perkembangan teknologi dan trend industri semasa dan mengambil inisiatif untuk memperoleh kemahiran tambahan dan pengalaman yang relevan. Dengan meningkatkan kemahiran dan pengalaman, graduan TVET boleh memperoleh gaji yang lebih tinggi dan mencapai kejayaan dalam bidang industri yang mereka ceburi.

 

Gambar ihsan daripada Buletin Utama, TV3